M

S

P

E

A

S

T

Wednesday, April 15, 2009
Saya sangat suka budaya melayu dan akan bincangan tentang Budaya Melayu . Pertama , orang melayu memakan dengan tangan kanan mereka . Mereka tidak boleh menggunakan tangan kiri kerana ia digunakan untuk beristinjak . Mereka juga harus duduk ketika mereka makan , untuk menjaga kesopanan . Makanan mereka mesti jadi halal .Binatang seperti kambing dan ayam harus disembelih dengan cara Islam . Kedua , makan melayu seperti ondeh-ondeh , kuih lapis , kuih lopis dan kuih bangkit sangat sedap . Kegemaran makanan saya ialah kuih-tart . Ia sangat sedap dan paling digemari oleh semua orang melayu . Ketiga, saya suka pakaian melayu , seperti baju kurung . Baju kurung ini dipakai oleh semua orang melayu pada hari raya . Baju kurung ada banyak warna . Kain baju kurung amat lembut dan selesa untuk dipakai . Ia juga kelihatan sopan . Orang perempuan pula suka memakal baju kebaya . Baju kebaya ini ada lebih corak dan warna . Ada baju kurung yang ada banyak poket kerana itu boleh diisi dengan duit paket pada hari raya .Terakhir , orang melayu akan bersalaman apabila mereka berjumpa antara satu sama lain . Ini adalah adat orang melayu untuk menujukkan hormat mereka kepada orang itu . Untuk orang muda yang bersalaman dengan orang tua , mereka harus mencium tangan orang tua itu . Orang melayu juga menziarahi keluarga mereka pada hari raya untuk merapatkan hubungan keluarga antara satu sama lain .

"EDITED" by Dre.

posted at 5:52:00 PM

   

MSP 4 (2006-2009)

Event corner