M

S

P

E

A

S

T

Wednesday, April 8, 2009
Saya seorang remaja . Sekarang ini , seorang remaja di semua sekolah menengah ada hubungan asmara dengan satu sama lain . Tapi , saya mahu semua seorang remaja tahu pada umur mereka , mereka mesti fokus dalam pelajaran mereka dan mesti tidak ada hubungan asmara . Kenapa? Perkara ini boleh mengakibatkan pelajaran mereka terjejas dan juga menganggu emosi mereka . Sudah tentu , saya juga pernah merasakan perasaan jatuh cinta kepada seorang wanita . Tapi saya tahu saya seorang remaja dan saya mesti fokus dalam pelajaran . Saya tahu saya tidak mesti membenarkan perkara ini mengakibatkan pelajaran saya terjejas . Saya juga tahu sekarang saya menengah empat . Saya mahu menasihat semua seorang remaja supaya mereka tidak harus terlibat dalam hubungan asmara . Dalam kehidupan , tidak semua dapat kita perolehi (not everything we can get ) . Kita mesti menerima hakikat itu . Jika awak boleh menerima hakikat itu , awak boleh hidup senang . Seperti contoh , ini bermakna tidak semua wanita akan menerima awak . Sering kelihatan teman-teman di sekolah saya rasa sedih atau menangis kerana wanita tidak mahu menerima atau tidak suka mereka . Kawan saya sangat kuat . Saya percaya jika ada orang pukul dia , dia tidak akan menangis . Tapi , Jika wanita tidak menyukainya, mereka pasti terluka. Saya rasa wanita amat berkuasa . Saya pun rasa sedih . Sudah tentu , saya selalu faham apa orang lain rasa dan cuba rasa apa mereka rasa . Akankah awak menerima seseorang yang awak tidak suka ? Sudah tentu awak tidak akan . Tapi , di setiap hubungan asmara , kekecewaan tidak dapat dielakkan . Jika awak suka seseorang dan mahu jadikannya sebagai kekasih, awak seharusnya bersedia untuk menghadapi akibatnya supaya awak tidak akan rasa lebih sedih . Sudah tentulah , siapa tidak akan suka seseorang wanita atau lelaki sebelum ? Sudah tentu ada . Saya mahu menitikberatkan kepada anak remaja harus tahu mereka mesti faham tidak semua mereka dapat perolehi . Saya fikir dalam cara ini , saya mahu semua seorang remaja tahu , di dunia ini masih ada banyak wanita . Tapi , awak mesti habiskan pelajaran awak dahulu. Selepas awak habis pelajaran awak , awak boleh mendapat teman wanita . Walaupun awak mempunyai rupa yang buruk , jangan berasa sedih . Awak mesti hidup dengan riang . Akhirnya , saya mahu beritahu semua seorang remaja , carilah wanita yang mempunyai watak yang baik , bukan sahaja rupa yang cantik. Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.



Alamak , siapa akan baca ini ? LOL ! MACAM FAHAM LAH! ( Bing Xiang )

posted at 4:35:00 PM

   

MSP 4 (2006-2009)

Event corner