M

S

P

E

A

S

T

Wednesday, April 15, 2009

Selamat pagi Cikgu dan semua!


Budaya Melayu sangat menarik dan mempesonakan. Jika saya tidak belajar Bahasa Melayu, saya tidak akan tahu tentang Budaya Melayu. Belajar Bahasa Melayu membenarkan saya lebih mengetahui tentang Budaya Melayu. Saya akan menceritakan tentang Budaya Melayu sekarang.

Pertama, saya akan membincangkan tentang Makanan Melayu. Satu perkara yang kami mesti tahu: Makanan Melayu mesti halal. Selain itu, orang Melayu memakan makanan dengan menggunakan tangan kanan. Ketika satu pelajaran, kami perlu makan nasi lemak menggunakan tangan kanan. Kami tidak menggunakan garpu dan sudu. Pada mulanya, saya berfikir makan nasi lemak menggunakan tangan kanan sangat mudah, tetapi saya berasa ia sangat susah.

Saya suka makan pelbagai jenis Makanan Melayu terutama nasi lemak, nasi beryani, nasi goreng, mee goreng, mee soto, ondeh-ondeh dan kuih koci. Saya suka makan ini semua sebab ia sangat lazat! Makanan Melayu amat enak!

Kedua, Pakaian Melayu. Pada Hari Raya, orang lelaki memakai baju kurung teluk belangah atau baju kurung cekak musang dengan samping dan songkok. Orang perempuan memakai baju kurung atau baju kebaya. Saya suka memakai baju kebaya kerana saya berasa ia sangat cantik!

Ketiga, Seni Melayu. Ketupat adalah hidangan terkenal di kalangan orang Melayu. Ketupat selalunya dihidangkan semasa Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Tiga jenis Ketupat ialah ketupat bawang, ketupat sate dan ketupat palas. Saya suka ketupat bawang kerana ia lebih comel bila dibandingkan dengan ketupat sate dan ketupat palas. Setahu saya, ketupat bawang dimakan dengan rendang atau serunding semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Akhir sekali, Budaya Melayu amat menyeronokkan! Saya ingin lebih mengetahui tentang Budaya Melayu. Terima Kasih Semua.

-Pamela.

edited by: Ting Wei and cikgu princess ==ll


posted at 5:32:00 PM

   

MSP 4 (2006-2009)

Event corner